Thursday, January 7, 2010

Persandingan Fai & Siti
3hb Januari 2010. Tahun baru, pengantin baru

MTV suntingan Team DNN, khas untuk pernikahan Sdr Fai dan Sdri Siti

Tahun baru, pengantin baru. Perlangsungan persandingan antara Sdr Fai dan Sdri Siti di Tampines Ahad lalu membawa seribu macam kenangan manis kepada kedua mempelai. Majlis yang turut dihadiri pendikir dari pelbagai kumpulan bertambah meriah dengan persembahan beberapa lagu juara dendangan Aung Aung Kim dan Elfee Ismail. Namun begitu, sejurus selepas memberikan salam di mikrofone, bekalan tenaga elektrik terputus sementara lantas menenggelami majlis dalam kegelapan. Awok-awok, yang sudahpun duduk serumpun bersama kedua mempelai, tercegat sekejap, terperanjat beruk dengan keadaan sedemikian. Tensen.

Masalah tersebut diperbaiki dalam beberapa minit selepas pegawai town council turun untuk menyelamatkan keadaan, dan majlis bersambung kemeriahan. Sdr Fai, selaku raja sehari turut diundang untuk mendendangkan lagu penutup wau bulan. Amboi, kemain tinggi dia bawak. Daripada rakaman nyanyian wau bulan awok-awok, jelas sekali, ramai yang tidak sampai 'pitch' yang berkumandang di ruang dewan sanding.

Namun begitu acara creme dela creme bagi kerabat kami tentunya persahabatan yang terjalin semula antara Sdr Fai dan Sdr Din Beruk. Setelah lama berselisih faham, mereka dilihat berdakapan antara sesama, sambil memulakan azam baru untuk melupakan sejarah yang berlaku antara mereka dahulu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kematangan kedua ahli ini patut dicontohi kerabat Durbar Dua sempena tahun baru 2010. Team DNN di sini, ingin mendoakan agar kedua mempelai tabah dalam mengharungi onak dan duri perjalanan sebagai suami isteri. Moga-moga mahligai yang telah dibina berkekalan sehingga ke anak cucu, sehingga ke pintu syurga, insha allah. - DurbarNews

Friday, January 1, 2010

Selamat Datang 2010!
Dari kami secara lintas tak langsung di Furama

Pada tahun baru ini, kami berkesempatan untuk meraikannya di Furama City Centre bersama beberapa rakan dan taulan. Sekali sekala nak jugak jamah executive suite nih sama-sama. Namun begitu, malangnya, kamar mandi dier 'transparent' kerana ianya khas untuk pasangan yang sedang berbulan madu. Kirer 'open concept' la. Nak buang air, nak mandi, semuanya kene buat depan khalayak orang ramai. Lantas, sejauh ini, tiada siapa yang berani membuang air besar dalam kamar mandi tuh. Tapi, hal sedemikian tidaklah menghalang kami daripada berpesta. Cheh, berpesta eh, mcm paham jek. Next year, kalau ada rezeki, insha allah buat lagi. - DurbarNews

Thursday, December 31, 2009

D2 Spycam
Highlights latihan pertama

Sedutan latihan D2 yang telah berlangsung Rabu lalu.

Satu-satunya kekurangan dalam bilik latihan kita adalah cermin. Yer, kita tidak mempunyai cermin sebagai rujukan ragam mahupun characterisation. Lantas, kita menggunakan wadah rakaman video untuk imbas kembali setiap gerakan dan 'feel' sesebuah set. Moga-moga ianya dapat menjadi pengganti sementara kita menimbangkan sama ada nak men'cerminkan' bilik latihan kita ker tak.

Dalam pada itu, kita telahpun mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2009. Kepada semua ahli kerabat Durbar Dua mahupun yang bukan, kami di pihak editorial ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi melungsuri lelaman yang tak seberapa ini. Dengan berkat sokongan anda, kami telah meraih lebih daripada target asal, 80,000 hits. Ini bermakna, secara purata, selama dua tahun, DNN berjaya mendapat 113 hits dalam sehari. Alhamdulillah, moga-moga ianya dijadikan motivasi untuk terus kekalan di alam siber ini. - DurbarNews

Tuesday, December 29, 2009

Jamming Lagu Seberang
Sedutan latihan pertama. Setakat nih jer saya letak.

Durbar Dua spycam. Nantikan spycam bagi latihan D2!

Alhamdullilah, berlalu sudah sesi latihan yang pertama, sekadar untuk memanaskan badan yang sudah berehat sekian lama. Sabtu nih, kita akan berlatih untuk sesi 'show' pulak. Lantas, semua ahli keluarga Durbar Dua dikehendaki hadir pada jam 8mlm di Bishan CC. Untuk pengetahuan semua, mantan tukang karut kita, Sdr Fye (lihat profil), akan berkahwin pada hari Ahad nih. Lantas, sebagai adat istiadat pendikir yang akan bersanding, eloklah kita turun sama untuk memeriahkan lagi suasana.

Jadual bagi latihan bagi Durbar Dua, D2 dan Dwi Durrah sudahpun saya lingkarkan di sidebar. Sebarang latihan tambahan akan diumumkan melalui hotline masing-masing. Sekiranya masih ada yang kurang jelas sila utarakan di tagboard atau hubungi pegawai dikir berdekatan. - DurbarNews

Sunday, December 27, 2009

Mak Aih, Stress Beb!
Peserta Kursus Jurulatih dikenakan mengambil ujian.
Sdr Faisal (paling kiri) mengendalikan kursus dalam bab paluan sambil diperhatikan oleh (dari kanan) penulis, Sdr Hamdan (Keris) dan Sdr Fid (Andika). Gambar - WDTV

Tidak pernah ku sangka, dikir barat pun ada 'written' paper, sesi ilmiah pun ada, diikuti dengan sesi amali pula. Begitulah keadaannya. Seramai 25 orang penggiat seni dikir barat telah mendaftarkan diri bagi Kursus Jurulatih anjuran Gabungan Dikir Barat Singapura. Penulis adalah antara mereka yang turut serta. Tujuan hamba mengambil khursus nih sebenarnya bukanlah untuk mencari makan tetapi kerana minat yang teramat sangat dalam kesenian nih. Dalam mencari sesebuah ilmu, guru biarlah beribu. Tenaga pelatih yang menjayakan khursus ini adalah presiden Gabungan sendiri, Cikgu Djohan serta anggota jawatankuasanya, Sdr Faisal.

Mula-mula agak kekok juga. Maklumlah, yang ambil khursus nih semua bukan calang-calang orangnya. Masing-masing mahir dalam aspek kesenian tersendiri, ada pakar dalam aspek tulisan, paluan dan sebagainya. Pulak tuh, penulis merupakan wakil tunggal kumpulan Durbar Dua dalam khursus nih. Mujur ada muka-muka kenalan yang datangnya dari kumpulan lain. Sedikit sebanyak ianya menghilangkan kegusaran di hati.

Pada hari pertama, para pelatih dibawa untuk menyelami sejarah dikir barat serta asal usul dikir Singapura. Di samping itu, kita diberikan kesempatan untuk membahaskan polemik istilah dikir asli dan kontemporari yang kerap kali disalah anggap oleh penggiat seni dikir mahupun para peminatnya. Dalam sesi amali pula, para peserta dikenakan bermain alat paluan yang kepelbagaian sekadar untuk menyesuaikan diri dalam mengendalikan sebuah latihan dikir barat. Pendek kata, kesemua aspek kesenian dikir barat disentuh secara ringkas pada hari pertama.

Pada hari kedua pula, para peserta menelaah metadologi serta pedagogi mengajar dikir barat bagi peringkat sekolah. Kami diajar bagaimana untuk menangani pelajar yang bermasalah seperti ADHD serta mempelajari tentang pentingnya hubungan dua hala antara pelatih, guru sekolah, ibu bapa dan pelajar. Sebuah latihan ringkas dua bahagian telah dijalankan untuk mengakhiri khursus tersebut. Satu peringkat tulisan, lagi satu plak secara lisan. Stress beb. Pertama kali penulis dapat lihat penggiat seni ulangkaji pasal dikir barat. Mana nak dapat. Selepas ujian, terdengar pula deraian suara para peserta di luar yang mengambil kesempatan menunggu giliran ujian lisan untuk berdiskusi tentang jawapan kertas ujian. Fuh, suasana dah macam lepas amek 'O' levels di sekolah menengah. Ada yang check-check jawapan, ada yang menepuk-nepuk dahi bagi setiap jawapan yang salah, ada pula yang tersenyum kambing, tanda 'konfiden' beb.

Secara perbadi, penulis rasa banyak manfaat boleh diraih dari kursus seperti ini, lebih-lebih lagi kepada penggiat yang saban hari mempraktikkan kesenian ini. Seperti contoh, melalui kursus ini, hamba sendiri terasa kekurangan dari segi paluan. Tidak pula terlintas di lubuk hati untuk berjinak-jinak memalu rebana, bukan nak 'aim' gantikan Usop jong rebana kita, tetapi sekadar ilmu yang dapat kita simpan, supaya pada satu hari nanti dapat diturunkan kepada generasi pendikir akan datang. Tapi nih kene ambil lagi satu kursus la plak! - DurbarNews